pencemaran udara
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan kepada beberapa bentuk pencemaran alam seperti pencemaran udara, air, bunyi dan banyak lagi.
apakah pula pencemaran udara?
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contoh bahan pencemar udara termasuk gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Bumi secara semulajadinya telah menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Namun begitu, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Tetapi apabila manusia menambah beban pencemaran udara ketika melakukan aktiviti seharian mereka seperti pelepasan asap-asap dari kenderaan dan kilang ke udara, Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran ini.
sehingga berjumpa lg pada next entry...
salam perkenalan...
terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kpd Prof. Supli krn memberi kami peluang bg menyiapkan projek blog ini. diharapkan kita semua dpt berkongsi ilmu dan idea disamping menjaga kesegaran dan kebersihan udara sekeliling kita.
sekian, selamat bernukilan...
udara tercemar, air polluted...
pencemaran udara, air pollution
makin hari makin teruk
salah siapa, of course la manusia termasukla diri sendiri
camne nk krg kn?
hmmm...agak berat persoalan tu tuk dijawab...
dh agak lama gak menyepikn diri dr post entry in dis blog...
bknnye pe, t'leka wat keje2 lain yg krg mendtgkn faedah
cnthnye..lyn anime..hehehe...
reply comment kwn2 pn ekut email je...
berbalik pd isu pencemaran udara ni
rasanya semua pn dh tau kwsn bndr lg ter cemar berbanding kwsn luar bndr..
klu kat malaysia, KL antara bandar yg popular dgn kes tercemar2 ni..
kat kg2 bknnye xde pencemaran tp krg la dr bandar
klu kat bndr pencemaran dr asap-asap kilang n kenderaan
kat kg plak terknal ngn pembakaran sampah sarap, kayu2 api
klu tbe time raya dpt la kte tgk opah2 n makcik2 kte kat kg cbuk memasak gne dapur kayu
dorg ckp masak gne dapur kayu sedap ckit
tp mmg btul pn, klu kte bakar kuih raya cnthnye bahulu gne dapur kayu mmg sedap...
tp bla byk sgt memasak gne dapur kayu ni asap2 pn byk la terlepas kat udara
then udara pn tercemar
tp pencemaran kat kwsn kg still dlm kawalan
rindu rasanya nk balik kg
bgn2 pg leh sedut udara segar
fresh je rasa...
raya aritu sekejap je blk kg,
xpuas rasanye...
knape la ak x dibesarkn kat kg..huhuhu...
tp 1 je mslh kat kwsn kg bla musim perayaan
kenderaan2 dr bndr mmg byk
yela, ank cucu pulang beraya
jln pn sesak....
time tu xyah nk cakap la
ruang udara confirm pnuh ngn asap2 dr kete2
org2 kg skrg pn dh byk gne peralatan moden mcm org bndr gak
dorg pn nk maju gak
stp umah dh ade peti ais.
ade plak sesetgh umah yg siap de air-cond lg...
n kte tau bla gne peti ais n air-cond tu confirm la penyumbang kpd pencemaran udara...
hai lah dunia, camne lah nk kurangkn pencemaran
kat mana2 pn ade pencemaran
semakin berteknologi dunia, semakin tercemar gak la dunia...
Pemanasan Global Lg...
The Image
Beneath the weight of polluted skies.
Of lead, zinc, cadmium, PCBs, and arsenic too,
Makes clear skies hard to view.
Of xylene, ethylene, benzene, and chlorine,
While men in dark suits commute in limousine.
Landfills and incinerators abound,
As if we had the only land in town.
[By Bunyan Bryant]
The Chamber
Oh Lord, I feel like giving up completely.
Wheezing and sucking air-filled smells,
Rotten to the core with chemicals.
Wheezing and fighting for life,
Is causing mental strife.
As chemicals bellows and pass,
Throughout the neighborhood amass,
Each street like chambers of gas.
Engulfing us and choking us,
Making breathing a difficult task.
Life is without peace and harmony,
Is this what happened in German.
[By Bunyan Bryant]
Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan Alam
Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai unsur. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia.
Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah disebabkan oleh bahan kumbahan dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.
Di samping itu, bahan buangan daripada kilang-kilang, pembasmian hutan dan pembangunan industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita. Mungkin ada antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala, bagi pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian yang khusus walaupun ianya masih lagi pada tahap yang rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka masa yang cepat. Namun demikian ia boleh memberi kesan yang besar kepada hidupan terutamanya jenis haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran kehidupan biasa dalam kitar pembiakan haiwan seperti spesies katak sudah tergangu, puncanya adalah merujuk kepada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran jangka panjang, dan sebahagian saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut berterusan, ia akhirnya akan turut memberi kesan kepada manusia.
Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi malasah pencemaran alam sekitar kita pada hari ini?
Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar kita adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita boleh katakan ‘tidak' kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para pemaju dan penjaja supaya mereka lebih ‘mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka.
Kita sebagai individu juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan ladang yang mana pemaju telah menebang semua pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan. Kita sepatutnya bertanya pada diri kita sendiri, mengapa perlu kita tinggal di kawasan persekitaran yang tidak selamat dan selesa? Hanya kita sendiri sahaja yang berhak untuk katakan ‘tidak' ataupun ‘ya' dalam memastikan kita hidup dalam suasana persekitaran yang bersih dan selesa.
Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.
Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar , dan 5% daripadanya berada pada tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun di Pulau Pinang, Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu Pahat, Johor juga dipenuhi dengan sampah sarap.
Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.
Misalnya kejadian banjir besar yang berlaku di Johor pada tahun lepas telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang besar, iaitu sebanyak RM1 bilion hanya untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan asas yang rosak akibat banjir tersebut. Ia jelas merugikan apabila kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar hanya untuk membaik pulih kerosakan akibat daripada banjir tersebut. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti untuk tujuan pembinaan sekolah dan juga hospital.
Bukan itu sahaja, malah kita juga memerlukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Ini kerana, pembalakan haram merupakan salah satu daripada kegiatan yang turut memusnah dan mencemar alam sekitar kita termasuk sungai dan juga laut. Daripada kerja pembalakan haram tersebut juga, ia akan turut membawa kepada musnahnya kebanyakkan habitat semulajadi ikan air tawar yang sedia ada.
Selain memusnahkan habitat semulajadi ikan air tawar, aktiviti pembalakan haram juga akan turut memusnahkan kebanyakan habitat hutan yang seterusnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti hakisan tanah, banjir, pemanasan sejagat dan sebagainya. Kita sepatutnya sedar bahawa habitat hutan sangat penting bukan sahaja kepada kita, malah juga kepada alam sekitar kita. Seperti yang kita sedia maklum, kewujudan tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting terhadap alam sekitar yang mana ia sangat diperlukan bagi membolehkan penggunaan karbon dioksida oleh tumbuh-tumbuhan dan pengembalian oksigen untuk tujuan pernafasan.
Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tak apa' dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya.
Selain itu, kita juga memerlukan proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita. Langkah yang berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai unsure-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terus terpelihara. Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.
Oleh
Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik
fikir-fikirkan la ye...
Pemanasan Global
Suhu bumi tidak pernah sunyi dari perubahan sejak ia terbentuk. Semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin meningkat kegiatan manusia yang boleh menjurus kepada peningkatan suhu bumi. Kenaikan suhu di seluruh permukaan bumi ini juga dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global ini berlaku sangat cepat disebabkan kesan daripada rumah kaca atau rumah hijau (green house).
Menurut kajian, kesan rumah hijau telah meningkatkan suhu bumi kira-kira 10 – 50C. Perkembangan ekonomi dunia juga menyebabkan peningkatan suhu bumi disebabkan peningkatan bahan bakar fosil. Hal ini menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida antara 0.3 – 2 % setahun. Sekiranya peningkatan gas rumah kaca ini sama seperti sekarang, dijangka akan menyebabkan peningkatan global antara 1.4 – 4.5 C sekitar tahun 2030.
Kenaikan suhu yang cepat menyebabkan iklim juga turut berubah dengan cepat. Hal ini menyebabkan ekosistem terganggu yang mana pokok-pokok kurang cekap atau tidak mampu menyerap karbon dioksida di atmosfera. Pemanasan global ini juga akan menyebabkan karbon yang tersimpan dalam tanah terlepas ke udara membentuk bahan-bahan organik yang kemudiannya terurai menjadi karbon dioksida dan metana oleh mikrob tanah. Iklim yang semakin panas menigkatkan aktiviti mikrob seterusnya meningkatkan pemanasan global.
Pemanasan global ini boleh menyebabkan pencairan ais di kutub-kutub bumi yang akan menyebabkan paras air laut semakin meningkat. Hal ini menyebabkan penghakisan pesisir pantai, pemusnahan hutan paya bakau dan terumbu karang dan menyebabkan gelombak dan ombak yang kuat.
Justeru, jelaslah bahawa pemanasan global ini memberi impak yang negatif bukan sahaja kepada ekosistem dunia malah turut menjejaskan ekonomi dunia serta menjejaskan kesihatan manusia.
JEREBU
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai kabut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Apabila dilihat dari jauh jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun jiak dilihat dari sudut dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Kejadian jerebu di Malaysia mempunyai pertalian kuat dengan kehadiran titik panas yang dicerap daripada imej satelit Pulau Sumatra, Indonesia. Kajian lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktor penyebab kepada kejadian jerebu di Malaysia.
Pelepasan sisa pembakaran ke udara dalam kadar yang tinggi boleh menyebabkan proses sebaran atau serakan udara tidak berupaya mencampur dan mengangkut bahan pencemar secara efektif. Akibatnya, wujud fenomena pencemaran udara seperti jerebu di wilayah berkenaan. Umumnya, punca pencemaran udara sesuatu kawasan boleh dikaitkan dengan dua sumber iaitu sumber tempatan dan sumber luaran. Sumber tempatan termasuklah kenderaan bermotor, tapak pelupusan sampah, kilang industri dan tapak pertanian. Sumber luaran pula bermaksud pergerakan sumber pencemar yang merentas sempadan negara dan membentuk episod jerebu yang dahsyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan tanah rendah. Faktor meteorologi seperti keadaan lapisan troposfera rendah dan tengah juga boleh mengakibatkan keadaan udara memerangkap lebih banyak bahan pencemar.
Kajian telah menunjukkan peranan hujan penting dalam menghapus dan mengurangkan kadar jerebu di kawasan bandar. Kajian yang dibuat menunjukkan sebanyak 25% peratus pengurangan jerebu dapat dilakukan pada musim hujan. Jerebu menjadi teruk apabila tiba musim kering. Sebagai contoh pada tahun 1997 yang lalu, sebahagian besar Asia Tenggara menerima kesan kemarau yang berpanjangan. Hutan Hujan Tropika menjadi amat kering dan menjadi bertambah buruk apabila berlaku aktiviti penebangan dan pembakaran hutan sehingga menyebabkan kebakaran hutan yang sukar dikawal. Lebih dari lima juta hektar hutan terbakar di Kalimantan dan Sumatra menyebabkan penyebaran jerebu meliputi sebahagian besar Asia Tenggara. Kebakaran hutan tersebut telah menyebabkan kematian yang dianggarkan lebih dari seribu orang dan lebih dari 40000 orang terpaksa mendapat rawatan di hospital akibat terhidu asap jerebu yang tebal.
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain serta perokok. Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah iritasi kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi di mata serta mata menjadi merah dan kulit terasa gatal.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah kesihatan akibat jerebu ialah jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap, pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar, kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal, sentiasa basuh bahagian badan yang terdedah atau selalu mandi, selalu minum air dan sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.
Kesan Pencemaran Udara
Lapisan ozon di udara ilah lapisan yang melindungi kita dari sinaran UV dan sinaran terik matahari. Pencemaran udara juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dalam peti sejuk dan penghawa dingin boleh menipiskan lapisan ozon. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan seseorang terdedah kepada penyakit kanser kulit.
Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan pembentukan hujan asid. Hujan asid terbentuk apabila gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan. Hujan asid boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas, memusnahkan habitat dan tumbuh-tumbuhan dan membunuh ikan-ikan. Selain itu, ia turut menghakis pakaian dan bahan binaan bangunan (cat terutamanya) menyebabkan dinding bangunan menjadi buruk.
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi. Hal ini berlaku apabila kandungan gas karbon dioksida yang banyak di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba menyebabkan suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia.
Jelaslah di sini bahawa pencemaran banyak memberi kesan negatif bukan sahaja kepada alam malah turut kepada penghuni-penghuni alam ini....
Punca Pencemaran Udara (re-post)
Pencemaran udara berpunca daripada dua sumber utama iaitu daripada fenomena alam semulajadi dan fenomena buatan manusia. Antara punca daripada fenomena alam semulajadi termasuklah letusan gunung berapi, pembakaran hutan akibat daripada panahan petir, dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti manusia merupakan punca utama pencemaran udara di dunia. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya pencemaran ialah seperti pembakaran terbuka, kenderaan bermotor, kegiatan perindustrian, sampah padat, penggunaan pelbagai bahan kimia, penjanaan kuasa elektrik dan aktiviti-aktiviti harian manusia.
Masyarakat dunia amnya amat bergantung kepada kenderaan bermotor untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Setiap pergerakan kenderaan bermotor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap yang boleh membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara dan kawasan Bandar lebih banyak menggunakan kenderaan bermotor jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar. Ini merupakan salah satu faktor mengapa kawasan bandar lebih tercemar berbanding kawasan luar bandar.
Perkembangan ekonomi dunia termasuk Malaysia bergantung kepada kegiatan perindustrian seperti elektronik dan kimia. Kebergantungan ini menyebabkan kegiatan ini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Peningkatan kegiatan perindustrian ini menyebabkan penambahan pelepasan bahan pencemar seperti gas organik, gas bukan organik, bahan kimia dan juga habuk ke udara. Kegiatan industry yang berbeza menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang memudaratkan dan boleh mengakibatkan perubahan iklim sedunia.
Pembakaran terbuka juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran terbuka selalunya berlaku apabila peladang-peladang membakar pokok-pokok di ladang mereka bagi tujuan penanaman semula mahupun pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembangunan. Pembakaran ini menghasilkan banyak jelaga yang boleh menyebabkan jerebu. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Pembakaran bahan api fosil ini menyebabkan asap-asap dilepaskan ke udara seterusnya pencemaran udara berlaku. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
Aktiviti perladangan dan pertanian juga antara penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara. Penggunaan baja dan penyemburan racun perosak ke pokok-pokok menyebabkan bahan kimia terbebas ke udara seterusnya mengotorkan ruang udara. Perokok perokok juga antara penyumbang kepada pencemaran udara. Pembakaran tembakau membebaskan lebih daripada satu gas ke udara yang membawa kesan buruk kepada kualiti nudara sekeliling.