Kesan Pencemaran Udara


Pencemaran udara memberi kesan yang buruk kepada manusia, tumbuhan, haiwan, atmosfera, struktur bangunan, tanah dan air. Pencemaran udara yang teruk boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas. Debu-debu dan gas-gas beracun daripada kilang,kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan kualiti udara berada di tahap rendah. Apabila manusia menyedut udara yang tercemar ini, ia boleh memudaratkan kesihatan manusia.P elbagai penyakit akan muncul seperti radang paru-paru, barah hati, sesak nafas dan sakit jantung. Selain itu, sesiapa yang terdedah kepada udara tercemar ini akan turut mengalami sakit mata.

Lapisan ozon di udara ilah lapisan yang melindungi kita dari sinaran UV dan sinaran terik matahari. Pencemaran udara juga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon. Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dalam peti sejuk dan penghawa dingin boleh menipiskan lapisan ozon. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan seseorang terdedah kepada penyakit kanser kulit.

Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan pembentukan hujan asid. Hujan asid terbentuk apabila gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan. Hujan asid boleh menyebabkan kesihatan manusia terjejas, memusnahkan habitat dan tumbuh-tumbuhan dan membunuh ikan-ikan. Selain itu, ia turut menghakis pakaian dan bahan binaan bangunan (cat terutamanya) menyebabkan dinding bangunan menjadi buruk.

Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi. Hal ini berlaku apabila kandungan gas karbon dioksida yang banyak di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba menyebabkan suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia.

Jelaslah di sini bahawa pencemaran banyak memberi kesan negatif bukan sahaja kepada alam malah turut kepada penghuni-penghuni alam ini....


0 comments:

Post a Comment