Pemanasan Global

Suhu bumi tidak pernah sunyi dari perubahan sejak ia terbentuk. Semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin meningkat kegiatan manusia yang boleh menjurus kepada peningkatan suhu bumi. Kenaikan suhu di seluruh permukaan bumi ini juga dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global ini berlaku sangat cepat disebabkan kesan daripada rumah kaca atau rumah hijau (green house).

Menurut kajian, kesan rumah hijau telah meningkatkan suhu bumi kira-kira 10 – 50C. Perkembangan ekonomi dunia juga menyebabkan peningkatan suhu bumi disebabkan peningkatan bahan bakar fosil. Hal ini menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida antara 0.3 – 2 % setahun. Sekiranya peningkatan gas rumah kaca ini sama seperti sekarang, dijangka akan menyebabkan peningkatan global antara 1.4 – 4.5 C sekitar tahun 2030.

Kenaikan suhu yang cepat menyebabkan iklim juga turut berubah dengan cepat. Hal ini menyebabkan ekosistem terganggu yang mana pokok-pokok kurang cekap atau tidak mampu menyerap karbon dioksida di atmosfera. Pemanasan global ini juga akan menyebabkan karbon yang tersimpan dalam tanah terlepas ke udara membentuk bahan-bahan organik yang kemudiannya terurai menjadi karbon dioksida dan metana oleh mikrob tanah. Iklim yang semakin panas menigkatkan aktiviti mikrob seterusnya meningkatkan pemanasan global.

Pemanasan global ini boleh menyebabkan pencairan ais di kutub-kutub bumi yang akan menyebabkan paras air laut semakin meningkat. Hal ini menyebabkan penghakisan pesisir pantai, pemusnahan hutan paya bakau dan terumbu karang dan menyebabkan gelombak dan ombak yang kuat.

Justeru, jelaslah bahawa pemanasan global ini memberi impak yang negatif bukan sahaja kepada ekosistem dunia malah turut menjejaskan ekonomi dunia serta menjejaskan kesihatan manusia.

0 comments:

Post a Comment