pencemaran udara

apa itu pencemaran?
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan kepada beberapa bentuk pencemaran alam seperti
pencemaran udara, air, bunyi dan banyak lagi.

apakah pula pencemaran udara?
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contoh bahan pencemar udara termasuk gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Bumi secara semulajadinya telah menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Namun begitu, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Tetapi apabila manusia menambah beban pencemaran udara ketika melakukan aktiviti seharian mereka seperti pelepasan asap-asap dari kenderaan dan kilang ke udara, Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran ini.

sehingga berjumpa lg pada next entry...

0 comments:

Post a Comment